Sabtu, 12 Mac 2011

Ulasan Novel Kabus di Perbukitan


Sinopsis

Faridah dan Rahayu merupakan pasangan kembar  kepada Mejar (B) Kamarudin dan Puan Salmah. Mejar (B) Kamarudin membawa Rahayu tinggal bersama isteri keduanya, Hamidah. Rahayu sedang menuntut di Universiti Pertanian Malaysia/Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Faridah merupakan sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah tiga tahun bertugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Suria. Faridah mahu ke Raub untuk menenangkan fikirannya setelah Azman memutuskan pertunangan mereka. Ketika sedang memandu van dalam perjalanan ke Raub, Iqbal anak muridnya yang sindrom down telah menegur Faridah. Akibat terkejut , van yang dipandu oleh Faridah terlanggar pengadang jalan dan menjunam ke dalam gaung. Ekoran kemalangan itu, Faridah dan Iqbal telah hilang.
                Usaha mencari dan menyelamatkan Faridah dan Iqbal di hutan dilancarkan. Pihak polis, bomba, tentera, PERHILITAN, RELA, dan satu platun Senoi Praak terlibat dalam operasi tersebut. Faridah yang koma dapat ‘berkomunikasi’ dengan adiknya,  Rahayu  melalui minda bawah sedar. Hasil ‘komunikasi’ tersebut, ayah Faridah dapat menjejakinya di perkampungan orang asli. Faridah dibawa dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Semasa Faridah sedar daripada koma, Rahayu pula meninggal dunia. Semasa Faridah sakit, Ghazali pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat banyak membantunya. Ibu Faridah mencadangkan agar Faridah menerima hasrat Ghazali yang mahu menjadikan Faridah sebagai isterinya.
                Faridah berkahwin dengan Ghazali. Ibunya yang semakin derita semenjak kematian Rahayu telah meninggal dunia semasa tidur. Tidak lama selepas kematian ibunya, suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan di jalan raya. Faridah hampir gila akibat tekanan perasaan. Dia menerima tawaran (JKM) untuk mengikuti kursus Community Services for Disable People selama 6 bulan di New Zealand. Faridah kemudiannya berkahwin dengan Samuel Johnson/Soleh yang merupakan pengurus ladang di Kirby. Hasil perkahwinannya, Faridah dikurniakan dua orang anak kembar, Melina dan Anne. Anaknya Anne telah berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul, iaitu kekasih arwah adiknya dahulu. Perkahwinan itu menyebabkan Faridah kembali ke tanah airnya setelah 27 tahun merantau di New Zealand. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menetap terus di Malaysia.

Tema

Novel ini bertemakan jati diri orang Melayu. Faridah memiliki jati diri yang kukuh. Dia sangat mementingkan semangat kekeluargaan. Oleh hal yang demikian, dia bertekad dan berjanji akan memelihara susur galur keluarganya agar terus teguh meskipun ahli keluarganya terdiri daripada pelbagai bangsa.

Persoalan


Persoalan
Huraian/ Contoh
Persoalan tentang hubungan istimewa antara saudara kembar.
Faridah dan Rahayu mempunyai hubungan yang istimewa walaupun mereka terpisah akibat perpecahan keluarga.
Persoalan tentang identiti bangsa tidak akan hilang walaupun telah lama meninggalkan tanah air.
Faridah tetap menjaga jati dirinya sebagai seorang Melayu walaupun tidak kembali ke tanah air selama 25 tahun.
Persoalan tentang takdir Tuhan mengatasi segala-galanya.
Azrul merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Rahayu tetapi tidak kesampaian apabila Rahayu meninggal dunia akibat penyakit lukemia.
Persoalan tentang kesederhaan orang Melayu dalam apa-apa sahaja tindakan dan perlakuan.
Haji Awang dan Ustaz Hassan Syukri sentiasa bersikap sederhana dalam menyemarakkan syiar Islam.
Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Faridah
Perwatakan
Huraian/ Contoh
Pasangan kembar dengan Rahayu dan berlesung pipit
Faridah dan Rahayu merupakan pasangan kembar seiras.[hal.28]
Berani
Dia berani merantau ke negara orang untuk menimba ilmu.[hal.122]
Tabah
Faridah tabah menempuh pelbagai dugaan dalam hidupnya seperti mengalami koma akibat kemalangan, kehilangan ibu dan suami tersayang, seterusnya hidup diperantauan.[hal.240]
Patuh pada kehendak ibu
Faridah menerima cadangan ibunya agar menerima Ghazali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan