Jenis Perenggan DEDUKTIF+INDUKTIF
Soalan: Langkah-langkah untuk mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. | |||
Penanda Memulakan Isi Baharu | Antara | Isi Baharu | menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah. |
Penanda Huraian Isi Karangan | Hal ini demikian kerana | Huraian Isi Karangan | guru-guru dihantar berkursus untuk memahirkan permainan ini. |
Penanda Memberi Contoh Dalam Karangan | Sebagai contohnya, | Memberi Contoh Dalam Karangan | permainan gasing, patuk ayam, dan pelbagai lagi |
Penanda Menghuraikan Contoh | Hal ini menyebabkan | Menghuraikan Contoh | generasi muda akan meminati permainan ini jika diketengahkan. |
Penanda Menutup Isi | Dengan itu, | Menutup Isi | permainan tradisional tidak lapuk ditelan zaman. |
Antara langkah untuk mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah menubuhkan kelab permainan tradisional di sekolah. Hal ini demikian kerana pihak sekolah perlu menghantar ataupun mengadakan kursus kepada guru-guru untuk memahirkan diri dalam permainan ini. Sebagai contohnya, permainan gasing, galah panjang, konda kondi, patuk ayam, dan pelbagai lagi. Hal ini menyebabkan generasi muda akan meminati permainan ini jika diketengahkan. Dengan itu, permainan tradisional tidak akan lapuk ditelan zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan