Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru.
Perhatikan penerangan di bawah:
Perhatikan penerangan di bawah:
Kata Seru | Penerangan | Ayat Contoh |
Aduh | (a)Menyatakan perasaan sakit (b)Menyatakan perasaan kagum/hairan | 1. Aduh, sakitnya tanganku! 2. Aduh, indah sekali pemandangan di sini! |
Aduhai | Digunakan untuk menyatakan perasaan sedih/dukacita | 1. Aduhai, malang sekali nasib peminta sedekah itu! 2. Aduhai, apalah malang nasibku ini! |
Ah | Digunakan untuk menyatakan perasaan penolakan/tidak bersetuju/membantah | 1. Ah, aku tidak bersetuju! 2. Ah, aku tiada masa untuk melayan engkau! |
Amboi | Digunakan untuk menyatakan perasaan kagum/hairan | 1. Amboi, sombongnya dia! 2. Amboi, hebat sekali engkau beraksi! |
Cis/cih | Digunakan untuk (a) Menyatakan perasaan marah (b) Menyatakan perasaan mengejek/menyindir | 1. Cis, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga! 2. Cih, harimau di hutan lagi dapat kujinakkan, inikan pula cicak mengkarung! |
Eh | Digunakan untuk menyatakan perasaan hairan/terkejut | 1. Eh, bilakah kau pulang ke tanah air! 2. Eh, Salim pun ada di sini! |
Hai | (a) Menyatakan perasaan hendak menegur atau menyapa seseorang (b) Cuba menarik perhatian | 1. Hai, nama saya Patsy! 2. Hai, lihat anak kecil di hujung sana itu! |
Nah | Digunakan untuk menarik perhatian dan pelbagai maksud lain | 1. Nah, ambillah pemberikanku ini! 2. Nah, serahkan saja perkara ini kepada mereka! |
Wah | Digunakan untuk menyatakan perasaan kagum/takjub | 1. Wah, tinggi sungguh cita-citamu! 2. Wah, mulia sekali hatimu! |
Wahai | (a) Menyatakan perasaan dukacita (b) Mendapatkan perhatian | 1. Wahai kawan-kawanku, marilah kita bersatu padu! 2. Wahai anak-anak bangsaku, janganlah leka dengan kemewahan dunia! |
wah wah wah wah...hebat sungguh cikgu akmal sekarang
BalasPadambaru mengenal blog...tak macam Abg Ust...hahaha
BalasPadam