Khamis, 17 Februari 2011

SUBJEK DAN PREDIKAT


Setiap ayat mesti terdiri daripada konstituen;
SUBJEK
PREDIKAT


a. Subjek
- Subjek ayat biasanya terdiri daripada frasa nama.
- Frasa kerja dan frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa nama juga boleh menjadi
  subjek dalam ayat.
- Frasa nama subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas, kata nama    
   terbitan, kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tunjuk.

i.          Kata nama am sebagai subjek.

SUBJEK
PREDIKAT
Buku itu
amat bermutu.
Pelajar ini
perlu diberi bimbingan.

  ii.         Kata nama khas sebagai subjek.

SUBJEK
PREDIKAT
Abdul Wahab
pegawai yang bijaksana.
Hotel Grand Palace
terletak berhampiran Stadium Negara.

iii.        Kata nama terbitan sebagai subjek.

SUBJEK
PREDIKAT
Masakan Ibu
sedap.
Penderitaan orang itu
mendapat simpati orang ramai
Penderaan
perlu dibanteras.


iv.        Kata ganti nama diri sebagai subjek.
SUBJEK
PREDIKAT
Dia
sedang membaca buku.
Mereka
sudah ke sana kelmarin.


v.         Kata ganti nama tunjuk sebagai subjek.
SUBJEK
PREDIKAT
Itu
rumah bapa saudara saya.
Ini
memeningkan kepala saya.


vi.        Kata kerja yang berfungsi sebagai subjek.

SUBJEK
PREDIKAT
Bersenam
dapat menyihatkan tubuh badan.
Melukis
kegemaran saya.


vii.       Kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek.

SUBJEK
PREDIKAT
Merah
lambang keberanian.
Besar
tidak bererti kuat.

Predikat
Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Predikat ayat terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

  i.          Predikat frasa nama.

SUBJEK
PREDIKAT
Burung
sejenis haiwan.
Buku itu
kepunyaan saya.


ii.         Predikat frasa kerja.
SUBJEK
PREDIKAT
Budak-budak itu
mandi di sungai.
Guru
sedang mengajarkan bahasa Melayu.


iii.        Predikat frasa adjektif.
SUBJEK
PREDIKAT
Rumah nenek
terlalu besar.
Bunga Ros
sungguh wangi.
 
iv.        Predikat frasa sendi nama.
SUBJEK
PREDIKAT
Buku itu
di atas meja.
Bapa
dari pasar.

144 ulasan:

  1. Kalau ayat burung adalah sejenis haiwan, prediket bermula dari mana?'adalah' atau 'sejenis'?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subjek:Burung
      Prediket:adalah sejenis haiwan

      Padam
    2. Subjek:Burung
      Prediket:adalah sejenis haiwan

      Padam
    3. Subjek:Burung
      Prediket:adalah sejenis haiwan

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. Gabriel pulang ke kampung neneknya di Ulu Bentangor
      (Mana subjek,predikat)

      Padam
    6. Nk tanya!!!!
      kalau 'bangunan di tengah tengah itu sangat tinggi dan cantik'
      yg mana subjek, yg mana prediket

      Padam
    7. kalau 'anak tunggal jutawan itu kena culik'

      Padam
    8. Subjek :anak tunggal jutawan itu

      Prediket:kena culik

      Padam
    9. Kalau Ada perkataan kena Dalam ayat Tu seperti Di atas..automatik jadi ayat Pasif..perkataan kena adalah penanda Pasif Dalam ayat

      Padam
  2. Esok merupakan hari pertama saya bekerja di sana.
    Yang mana subjek dan predikat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asubjek mbil esok sampai hari pertama saya predikat bekerja di sana

      Padam
    2. esok merupakan hari pertama saya :subjek
      bekerja di sana:prediket

      Padam
    3. esok-subjek
      merupakan hari pertama saya bekerja di sana -predikat

      Padam
    4. Subjek#esok
      Predikat#merupakan Hari pertama saya bekerja Di sana

      Padam
  3. subjek-esok
    predikat-merupakan hari pertama saya bekerja di sana

    BalasPadam
  4. subjek-esok
    predikat-merupakan hari pertama saya bekerja di sana

    BalasPadam
  5. Ketua murid sekolah kami Mohamaf Firdaus
    mana satu ayat predikat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subjek =Mohamaf firdaus
      Prediket = ketua murid sekolah kami

      Padam
  6. Tinggi-tinggi belaka bangunan di Kuala Lumpur
    mana satu ayat subjek?

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Nak tau subjek Dan predikat dalamt ayat majmuk cmna?

    BalasPadam
  9. Sudah menjadi isu global jenayah pemerdagangan manusia.Yang mana satu subjek dan predikat?

    BalasPadam
  10. Kalau ayat pasif macam buku itu dibeli oleh ayah
    Yang mana satu subjek n predikat

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku itu subjek ,dibeli oleh ayah prediket.

      Padam
  11. bersenam dengan cara yang betul dapat menyihatkan badan. manakah subjek?

    BalasPadam
  12. Kalau dia tanya , "orang kadazan yang tinggal di rumah tradisional itu sangat unik" dia jye predikat ape ?

    BalasPadam
  13. adakah ayat ini,ayat tunggal bagaimanapun,pengguna jalan raya memandu kederaan dengan berhemah tinggi dan bertolak ansur.

    BalasPadam
  14. adakah ayat ini,ayat tunggal bagaimanapun,pengguna jalan raya memandu kederaan dengan berhemah tinggi dan bertolak ansur.

    BalasPadam
  15. Orang tua yang tinggal di hujug kampung dan dikenali sebagai Pak Hitam itu sebenarnye ialah seorang pejuang kemerdekaan tanah air kita......mne stu subjek dn predikat

    BalasPadam
  16. Orang tua yang tinggal di hujug kampung dan dikenali sebagai Pak Hitam itu sebenarnye ialah seorang pejuang kemerdekaan tanah air kita......mne stu subjek dn predikat

    BalasPadam
  17. subject = Orang tua yang tinggal di hujug kampung dan dikenali sebagai Pak Hitam itu
    predikat = sebenarnye ialah seorang pejuang kemerdekaan tanah air kita

    BalasPadam
  18. subject = Orang tua yang tinggal di hujug kampung dan dikenali sebagai Pak Hitam itu
    predikat = sebenarnye ialah seorang pejuang kemerdekaan tanah air kita

    BalasPadam
  19. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa sendi nama atau frasa adjektif manakala kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama

    BalasPadam
  20. taman negara pahang yang sangat popular dalam kalangn pelancongitu terletak di negari pahang. yang mana sub yg mana predikat

    BalasPadam
  21. Kemerdekaan negara kita tuntut daripada penjajah
    Yang mana subjek yng mna predikat

    BalasPadam
  22. Bijak sungguh budak itu
    Yng mana sub yng mana predikat

    BalasPadam
  23. Kalau.'akan saya jelaskan perkara itu dalam mesyuarat pada minggu depan'?yang mana satu subjek dan predikat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subjek:jelaskan perkara
      predikat:mesyuarat pada minggu depan

      Padam
  24. Berseri sungguh pengantin itu
    Yang manakah subjek dan predikat?

    BalasPadam
  25. Pak kassim amat dihormati kerana mahir dalam persilatan
    Yang mana subjek dan predikat??

    BalasPadam
  26. Sejak peristiwa itu, Andrew tidak bercakap bohong lagi dengan ibunya.. yg mna subjek yg mna predikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. subjek andrew
      predikat tidak bercakap bohong lagi dengan ibunya

      Padam
  27. "lain sungguh rasanya apabila berada Di rantau orang". Adakah ayat tunggal?

    BalasPadam
  28. Kalau..."Saya meminjam buku sejarah yang tebal itu daripada Cikgu Zarina."?

    BalasPadam
  29. Bersukan dengan cara yang betul dapat mengeluarkan peluh.
    Mana subjek mana predikat???

    BalasPadam
  30. Juara pertandingan nyanyian itu menerima pelbagai hadiah daripada pihak penganjur..mana subjek ngn prediket?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subject juara pertandingan nyanyian itu
      Predikat menerima belbagai hadiah daripada pihak penganjur

      Padam
    2. Pada pendapat saya , kejayaan yang dicapainya sangat membanggakan

      Mana satu subjek dan predikat

      Padam
  31. Nice, bru sya tau mcm mna nk kenal semua ni,

    BalasPadam
  32. Dkt skola ckg ajar ape pon tk phm..tngk ni la baru dpt fhm😅

    BalasPadam
  33. Test minda.
    1. Cantik dan anggun sungguh pengantin perempuan di atas pentas itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subjek:pengantin perempuan di Atas Pentas itu

      Prediket:cantik Dan anggun sungguh

      Padam
  34. Subjek:Taman negara Pahang y Sgt popular dlm klgn plncong itu..

    Prediket:terletak di negeri Pahang.

    BalasPadam
  35. Nk bgi soalan ni
    Sejak di sekolah rendah lagi Fariz meminati pasukan bola sepak Liverpool
    Yang mana predikat yang mana sebjek?

    BalasPadam
  36. Ada lagi satu
    Keselamatan harta benda awam menjadi tanggungjawab setiap pihak di negara ini?
    Yang mana sebjek yang mana prediket?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keselamatan harta benda awam tu subjek. Selebihnya predikat.. Sebb keselamatan tu benda yg kita nak fokuskan tu la subjek

      Padam
  37. Kalau
    Penyanyi muda berkasut kulit buatan itali itu adik Mat Rasyid.
    Subjek yang mana prediket yang mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penyanyi muda berkasut kulit buatan itali itu subjek.. Yang selebihnya tu predikat

      Padam
  38. Peninju muda itu mempertahankan kejuaraan perlawanan itu dengan kelincahan dan tenaga yang kuat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan ni pening sikit sebb ada dua itu.. Mohon cikgu beri penjelasan

      Padam
    2. Soalan ni pening sikit sebb ada dua itu.. Mohon cikgu beri penjelasan

      Padam
    3. Subjek = Peninju muda mempertahankan kejuaraan perlawanan itu

      Predikat = Dengan kelincahan dan tenaga yang kuat

      Padam
  39. Pak Abu telah menjual sebidang tanah kepunyaannya, subjek pak abu atau pak abu telah?

    BalasPadam
  40. Kedua dua adik yg tidak pulang pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein. Subjek n predikat yg mane ye?

    BalasPadam
  41. Permintaan terhadap bahan makanan meningkat disebabkan oleh pertambahan penduduk.Mane subjek ngn predikat?

    BalasPadam
  42. Pada setiap pagi ahad,kami sekeluarga ke pasar.
    Mana satu subjek ,predikat

    BalasPadam
  43. perkembangan teknologi maklumat melebar pengaruhnya ke seluruh negara.
    yng mne stu subjek,yng mne stu predikat?

    BalasPadam
  44. Kalau "kayu pembaris kepunyaan abang foo ying dipinjamkan kepada cikgu " mana satu sub mana satu predikat?

    BalasPadam
  45. Hujan sedang lebat sekarang di sana
    Mana satu sub n pre

    BalasPadam
  46. "kakak ipar saya pelukis terkenal di bandar itu"??

    BalasPadam
  47. " Aminah menghidangkan sedulang makanan untuk kawan-kawan ibunya yang sedang berbual bual di ruang tamu." ?

    BalasPadam
  48. klau ayat songsang macam mana nak tagu subjek predikat

    BalasPadam
  49. Kalau

    Menerusi jenama halal beberapa jenis produk kami hasilkan?

    BalasPadam
  50. Minta izin copy ye.. terima kasih cikgu

    BalasPadam
  51. Terima kasih cikgu. Sangat berguna untuk saya.

    BalasPadam
  52. Media sosial juga boleh menjadikan golongan remaja menjadi lalai Dan membuang masa Dengan mengabaikan pepajaran.. yg mana subjek Dan prdiket..

    BalasPadam
  53. assalamualaikum..mohon izin kongsikan karangan ini dengan murid - murid ...terima kasih

    BalasPadam
  54. Kalau Malaysia telah mengalahkan Indonesia dalam pertandingan akhir. Start mana predikat?

    BalasPadam
  55. Ni easy punye soalan memang lah dapat..kalau Soalan kat SPM mana dapat ...x sama lah

    BalasPadam
  56. Woahhhhhhh!!best jugak belajar tentang subjek dan predikat ni.. 😅😅

    BalasPadam
  57. Kalau ayat enak sekali rasa buah tembikai itu. Mana predikat dan subjek nya

    BalasPadam
  58. Pemuda itu lincah bermain bola sepak

    BalasPadam
  59. Terima kasih kerana telah memberikan pencerahan ...🌹🌹

    BalasPadam
  60. Klu ayat sewaktu ribut taufan pada petang semalam,dahan pokok sena itu telah patah...Mana satu SUBJEK Dan PREDIKAT?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasenye lah

      Subjek: dahan pokok Sena itu
      Predikat: telah patah sewaktu ribut taufan pada petang semalam.
      🌝🌚🌝🌚🌝🌚🥰🥰🥰

      Padam
  61. Nak tnya boleh.(merupakan) subjek ke prediket ye?

    BalasPadam
  62. Kalo

    Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
    Subjek Dan predikat ape???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami sekeluarga ialah subjek..predikat ialah ke perpustakaan pada setiap petang sabtu

      Padam
  63. Assalamualaikum,nak tanya kalu (sejak peristiwa itu,ahmad tidak lagi bercakap bohong kepada ibu lagi)

    Mana satu subjek dan prediket

    BalasPadam
  64. Industri pelancongan ini menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara.
    Yg mana subjek..yg mana predikat?

    BalasPadam
  65. Rumah pusaka yang telah lama ditinggalkan itu sudah dimakan anai-anai. (Mana satu subjek dan predikat?)

    BalasPadam
  66. Rumah pusaka (subjek)
    Sudah dimakan anai-anai (predikat)

    BalasPadam