Rabu, 2 Februari 2011

FORMAT RUMUSAN


           
            Petikan membincangkan/mendiskusikan/ menerangkan 
   fokus 1    di Malaysia.
        Antara fokus 1nya ialah isi tersurat 1. Selain itu, isi tersurat 2. Seterusnya, isi tersurat 3. Di samping itu, isi tersurat 4. Bukan itu sahaja, isi tersurat 5. Akhir sekali, isi tersurat 6.
        Antara fokus 2nya ialah isi tersirat 1 . Selain itu, isi tersirat 2.
        Kesimpulannya,(siapa bertindak) harus (apa tindakan/ cadangan) agar/supaya (tujuan tindakan/harapan). 

Panduan Merumus Bahasa Malaysia SPM
Saya memperkenalkan satu kata singkatan supaya mudah diingat apabila murid menjawab soalan rumusan. Singkatan tersebut ialah PASDSBAASK (Pandang Awang Sehingga Dia Senyum Baru Anda Akan Senyum Kepadanya) Singkatan tersebut merupakan perkataan pertama bagi setiap baris rumusan termasuk penanda wacananya. Kaedah ini semua untuk mereka yang mahu menjimatkan masa dan malas nak fikir penanda wacana yang lain.

P = Petikan membincangkan
A = Antara (isi tersurat)
S = Selain itu,
 D= Di samping itu,
S= Seterusnya,
B = Bukan itu sahaja,
A = Akhirnya,
A = Antara (isi tersirat) 

S= Selain itu,
K = Kesimpulannya,



January 19, 2010 –Sumber: Cikgu Tan

Banyak pelajar yang masih tidak dapat menulis pengenalan rumusan dengan betul. Terdapat dua cara yang biasa digunakan untuk menulis pengenalan rumusan iaitu :
1. Mengemukakan tema keseluruhan petikan rumusan. (Tema ialah persoalan pokok/ utama).
2. Menggantikan kata kunci/ arahan pertama soalan dengan perkataan sama erti/ sinonim.
Daripada kedua-dua cara tersebut, hampir 90 peratus pelajar menulis pengenalan dengan cara menukar arahan pertama soalan dengan perkataan sama erti.
Contoh :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur.
Arahan tugasan dalam rumusan :
1. Kepentingan tidur dari segi saintifik ( Isi tersurat )
2. cara-cara mengatasi masalah sukar tidur ( Isi tersirat )
Untuk menulis pengenalan, hanya arahan isi tersurat sahaja digunakan.
Tema : Petikan membincangkan kebaikan tidur dari segi saintifik bagi menjamin kecerdasan seseorang.
Menukar kata kunci “kepentingan” menjadi :
1. Faedah
2. Kelebihan
3. Peranan
4. Keutamaan
5. Keperluan
6. Manfaat
7. Maslahat
8. Mustahak
9. Afdal
Dianggap salah jika menukar arahan menjadi : Kemestian, keistimewaan, fungsi. Jika pelajar mengulang kata kunci “kepentingan” juga mendapat markah 0.
Arahan kedua soalan iaitu cara-cara mengatasi masalah sukar tidur tidak perlu ditulis sebagai pengenalan rumusan.
January 17, 2010
Arahan rumusan :
1. Sebab/ punca
2. Kesan/ akibat/ implikasi/ natijah
3. Langkah/ cara/ tindakan/ strategi/usaha/ teknik/ modus operandi
4. Faedah/ kelebihan/ manfaat/ kekuatan/kepentingan/ kemaslahatan.
5. Peranan/ fungsi/ tanggungjawab/ tugas/ kewajipan
6. Kekangan/ halangan/ rintangan/batasan/masalah
7. Kelemahan/ keburukan/ kekurangan
8. Ciri-ciri/ sifat-sifat/ kriteria
9. Usul/cadangan/ pendapat/ pandangan

10 ulasan:

  1. Mohon bantuan cikgu agar membetulkan kesilapan yang terdapat pada seksyen format rumusan di atas sekali. Dalam perenggan ketiga, frasa 'isi tersurat' sepatutnya 'isi tersirat'.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum,,,mmm,,nak tanya,,,format rumusan f4 memenag 4 perenggan ehh..

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas pemberian kata kunci dalam soalan rumusan

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsiannya

    BalasPadam
  5. Thanks , you had helped me a lot🤣

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum sya mhu tnya klu kebaikandi tukar pada apa arrr
    Cikgu tolong bgi perkongsian

    BalasPadam
  7. kalau salah pendahuluan..so yg kita buat isi semua tu..salah semua ke?

    BalasPadam