Sabtu, 12 Februari 2011

Ulasan Sajak Dirgahayu Bahasaku – Ahmad Sarju

Maksud
Rangkap 1

Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.

Rangkap 2
Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa.

Rangkap 3
Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.

Rangkap 4
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.

Rangkap 5
Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini.

Tema
Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.

Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan.
2. Menghargai sumbangan bahasa kebangsaan.
3. Hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan.

Gaya Bahasa
1. Sinkof – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamu, tak
2. Metafora – lautan bijaksana
3. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
- bahasaku mencengkam
4. Inversi – gagah pelautku membelah lautan
- di arena antarabangsa suaramu tumbuh
5. Anafora – hak bangsaku memilikimu
                    hak bangsaku mendaulatkanmu
6. Pengulangan – ke barat dan ke timur
                           ke utara dan ke selatan

Nilai
1. Semangat patriotik
2. Hormat-menghormati
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum. 


UJI MINDA
Baca sajak “Dirgahayu Bahasaku” dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berdasarkan rangkap rangkap kedua sajak ini, nyatakan pendirian penyajak tentang bahasa.[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah sikap negatif segelintir masyarakat yang menyebabkan bahasa Melayu sukar untuk dimartabatkan?
Berikan tiga sikap negatif tersebut.[4 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak ini.[3 markah]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan