Jumaat, 30 September 2011

Antara soalan novel yang disoal dalam K2 Percubaan SPM 2011 sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia.

Skor,Berita Harian
a) Tema salah sebuah novel
b) Perwatakan watak utama dalam dua novel 
SBP
(a) Huraikan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang berdasarkan novel yang anda pelajari.
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari.   
Kedah
(a) Dua peristiwa yang menyayat hati dalam satu novel
(b) Latar masyarakat dalam dua novel
Terengganu
(a) Huraikan dua persoalan dalam sebuah novel.
(b) Berdasarkan dua buah novel, jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam setiap novel. 
Johor
(a) Huraikan tema novel.
(b) Perbandingan - satu latar masyarakat dalam setiap novel.
Kuala Lumpur
(a) Nyatakan dan huraikan tema novel.
(b) Huraikan tiga peristiwa yang memperlihatkan latar masyarakat yang prihatian terhadap masalah orang lain. 
Selangor
(a) Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang.
(b) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam dua novel.

Antara soalan komsas yang disoal dalam K2 Percubaan SPM 2011 sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia.

1) Pungut Alias
2) Hikayat Langlang Buana(4x)
3) Harga Remaja(2x)
4) Tiang Cengal Dinding Sayung (Trg)(3x)
5) Pelayaran Yang Penuh Peristiwa (Trg)(2x)
6) Dirgahayu Bahasaku (Trg)(2x)
7) Israk
8) Ibu dan Ceper(2x)
9) Kecek
10) Dua Geliga Hikmat
11) Adat Sezaman
12) Di perpustakaan
13) Memori Seorang Tua
14) Hikayat Opu Daeng Menambun
15) Pantun Lapan Kerat

Antara soalan karangan yang disoal dalam K1 Percubaan SPM 2011 sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia.

Karangan Bahagian B
Karangan no.1:Individu/diri
1) Cara-cara hargai jasa guru.
2) Usaha-usaha menjadi remaja berwawasan.
3) Usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.
5) Huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk mereaslisasikan cabaran pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.


Karangan no.2: Keluarga
1) Amalan masyarakat penyayang.
2) Langkah menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
3) Kepentingan kebersihan – peranan ibu bapa.
4) Langkah-langkah setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres.
5) Kegawatan ekonomi  -  peranan ibu bapa mendidik anak-anak menjadi pengguna bijak.

Antara soalan karangan yang disoal dalam K1 Percubaan SPM 2011 sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia.

Karangan Bahagian A
1) Kepentingan amalan menabung.
2) Kebaikan hidup berjiran.
3) Faedah-faedah melancong.
4) Faedah menggunakan sistem pengangkutan awam.
5) Usaha-usaha menggalakkan pelancongan.
6) Kebaikan membeli barangan tempatan.
7) Majlis rumah terbuka : faedah-faedahnya.
8) Ciri-ciri murid cemerlang.
9) Keselamatan jalan raya.

Selasa, 5 Julai 2011

SOALAN NOVEL RAMALAN PERCUBAAN SPM KE---?


Novel
[ 15 markah ]
Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel berikut :
(i)                 Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(ii)               Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah


(a)Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah novel . Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua unsur konflik yang dikemukakan oleh pengarang dalam karyanya?[7 markah]
 (b)Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bincangkan kepincangan masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dengan memberikan satu contoh yang terdapat dalam setiap novel.[8 markah]
           

(a)Watak utama berhadapan dengan pelbagai masalah dan rintangan.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua masalah dan cara watak utama   menyelesaikan masalah tersebut.[7 markah]
(b)Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam setiap novel.[8 markah]          


(a)Peranan watak sampingan amat penting untuk memastikan jalan cerita sesebuah novel dapat berkembang dengan baik.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua bukti watak sampingan dapat mengembangkan cerita.[7 markah]
 (b)Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu contoh penggunaan teknik saspens yang digunakan oleh pengarang dalam setiap novel.[8 markah]


(a)Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]   
(b) Pilih dua buah novel yang anda pelajari. Nyatakan satu watak wanita yang terdapat dalam novel pilihan anda dan huraikan perwatakannya.[8 markah]


(
(a)Huraikan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel pilihan anda?[7 markah]
(b)Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan persoalan kasih sayang dalam setiap novel.[8 markah]

Ahad, 5 Jun 2011

Jangan ulang kesalahan yang sama.


Antara kesalahan murid  tingkatan 4 ketika menulis karangan bagi kertas 1 BM Peperiksaan Penggal Pertama 2011.
(1) di kalangan[x] dalam kalangan[/]
(2) Ini boleh menyebabkan[x] Hal ini boleh menyebabkan [/]
(3) memperdulikan[x] mempedulikan[/]
(4) Ini adalah kerana[x] Hal ini dikatakan demikian kerana[/]
(5) vandelisme[x] vandalisme
(6) di dalam kesusahan[x] dalam kesusahan[/](di dalam: membawa konsep ruang) (dalam: membawa konsep abstrak)
(7) Yang kedua ialah…[x] Langkah yang kedua ialah…[/]
(8) Justeru itu, kita haruslah…[x] Selain itu, kita haruslah…[/] (justeru: bertugas sebagai kata hubung dan bukan penanda wacana)
(9) menyanyangi[x] menyayangi
(10) Kebanyakkan[x] kebanyakan[/] (imbuhan ke…an + kata dasar banyak : kebanyakan)
(11) Disamping itu,[x] Di samping itu,[/]
(12) Antara langkah-langkah[x] Antara langkah[/]
(13) ibubapa[x] ibu bapa[/]
(14) menkurangkan[x] mengurangkan[/] (Guna rumus PTKS )
(15) dari keluarga[x] daripada keluarga[/]
(16) bergumpul[x] berkumpul[/]

Selasa, 10 Mei 2011

Istilah 'Perlantikan' dan 'Perlaksanaan' Tidak Gramatis

Berdasarkan sesi soal jawab saya dengan Prof. Dr Awang Sariyan berkaitan istilah 'perlantikan' dan 'perlaksanaan'.

Salam Prof.
Adakah istilah 'perlantikan' dan 'perlaksanaan' dapat digunakan dalam Bahasa Melayu?

Waalaikumsalam.
  • "Pelantikan" (terbit daripada "melantik") dan 'Pelaksanaan" (terbit daripada "melaksanakan").
  • Boleh baca buku saya "Tuntunan Bahasa" terbitan Pearson.
  • Ada kaitan antara 'me' dengan 'pe', 'mem' dengan 'pem', 'men' dengan 'pen', 'meng' dengan 'peng' dan 'menge' dengan 'penge'.
  • membeli - pembelian; menjual - penjualan; mengambil -pengambilan; mengebom - pengeboman. Oleh itu, 'melantik' menjadi 'pelantikan' dan 'melaksanakan' menjadi 'pelaksanaan'.
Dalam Kamus Dewan, ada kedua-duanya; ikut yang betul sahaja. Tambahan lagi, makna 'perlaksanaan' sebagai hasil pelaksanaan apakah maknanya?
"Pelaksanaan" ialah proses melaksanakan; mustahil hasilnya 'perlaksanaan'. Hasil pelaksanaan boleh jadi 'kejayaan', 'kemajuan', 'perubahan', 'peningkatan' dll.

Khamis, 28 April 2011

KELEMAHAN/KESILAPAN CALON MENJAWAB SOALAN BM KERTAS 2


Soalan 1: Rumusan

Pendahuluan
Ø Calon tidak menyatakan tema bagi keseluruhan petikan.
Ø  Pendahuluan disalin daripada pernyataan soalan
Ø  Permulaan rumusan diringkaskan daripada ayat pertama petikan.
Ø  Tiada pendahuluan dalam rumusan.

Isi Tersurat (terdapat dalam petikan)
Ø  Tidak memahami kehendak soalan. Oleh itu, ada calon yang menyalin ayat-ayat dalam petikan, namun tidak mengandungi sebarang isi tersurat.
Ø  Isi tersurat yang dikemukakan tidak tepat.
Ø  Kesalahan membina ayat:
i.Menyambung ayat-ayat dalam petikan hingga isi kurang jelas.
ii.Ayat yang tidak lengkap untuk menyampaikan maksud isi tersurat sepenuhnya.

Isi Tersirat(idea sendiri)
Ø  Tiada kemahiran mengemukakan isi tersirat. Oleh itu, isi tersirat diambil daripada petikan.
Ø  Jawapan isi tersirat tidak tepat.
Ø  Terdapat sebilangan besar calon yang tidak menulis sebarang isi tersirat.

Kesimpulan
Ø  Kesimpulan yang mengandungi satu elemen sahaja, iaitu elemen cadangan.
Ø  Menulis kesimpulan yang tidak tepat/ kesimpulan yang tiada kaitan dengan tema petikan.
Ø  Calon menyalin ayat terakhir dalam petikan sebagai kesimpulan.
Ø  Tidak menulis sebarang kesimpulan.
Ø  Menulis kesimpulan setelah jawapan yang ditulis melebihi 120 patah perkataan.

Memori Seorang Tua

Sinopsis
Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.
Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan.
Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.
Tema
Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat.
Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan.
Persoalan
1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran.
Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.
2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.
Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri.
3. Persoalan jati diri yang teguh.
Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.
Plot
Binaan Plot
(i) Permulaan
Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam.
(ii) Perkembangan
Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.
(iii) Klimaks
Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.
(iv) Peleraian
Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga.
Teknik Penceritaan
1. Pemerian
Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik dan rumput-rampai
sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi…
2. Dialog
“Dah kaujemput budak-budak suratkhabar?” tanya Pak Itam.
“Sudah!” jawab Tuk Mat.
3. Imbas Kembali
Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan dimana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah.
4. Monolog dalaman
Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu akan mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemuramahnya.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Pak Itam
1. Berasal dari Kuala Semantan, Pahang.
2. Berumur 85 tahun.
3. Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara.
4. Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah.
5. Suka membaca. -, Pak Itam suka membaca akhbar dan majalah di kerusi malas di kaki lima rumahnya.
6. Seorang nasionalis tulen. - Pak Itam berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk bangsanya.
7. Seorang yang taat akan perintah agama.- Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada tuhan.
8. Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu yang datang untuk bertemu dengannya di rumah.
Watak Sampingan
Tuk Mat
1. Bekas anggota polis.
2. Jiran Pak Itam.
3. Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.
4. Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.
5. Boleh diharapkan dan berdisiplin -, hal ini diakui oleh Pak Itam apabila membandingkan sifat anak-anak muda seperti Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat.
Siti Nurhidayah
1. Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara.
2. Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.
3. Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.
Latar
Latar Masa
1. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam.
2. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat.
3. Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal dunia dan bacaan Yasin diadakan.
Latar Tempat
1. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan .
2. Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan majalah seharian di atas kerusi malas.
3. Kampung Pak Itam di Hulu Langat- perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi.
4. Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah, isteri Pak Itam datang bersama dua orang anaknya membawa surat kadi meminta fasakh ketika Pak Itam meringkuk di situ.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara.
Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.
2. Masyarakat penulis dan wartawan.
Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena.
3. Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta bekerjasama.
Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.

Gaya Bahasa
1. Simile - …kian mengecil seperti sebiji debu
2. Peribahasa - seperti enau di belukar
3. Metafora -tangisan ketakwaan
4. Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You
5. Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan…
Nilai
1. Nilai pengorbanan.
Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara.
2. Nilai cinta akan negara.
Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi.
3. Nilai bekerjasama.
Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam.
Pengajaran
1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain.
2. Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.
3. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan di kemudian hari.
4. Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa berubah.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mellisa


Sinopsis

Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah.

Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Tema

Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya.
Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.

Persoalan

1. Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara.
Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.

2. Persoalan persengketaan antara kaum
Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.

3. Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara.
Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.

Plot

Binaan Plot

1. Permulaan

Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid.

2. Perkembangan

Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya,
persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin akrab.

3. Klimaks

Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh Mei.

4. Peleraian.

Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi.

Teknik penceritaan

1. Imbas kembali
“Mei, Mei!” kata Hisyam.“Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau agama Islam.”
Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu.

2. Teknik Pemeriaan
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid.

3. Teknik Monolog Dalaman
Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.

4. Teknik Dialog
“Siapa?”
“Mei! Ada telefon.”
“Okey.Saya datang.”

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Mellisa
1. Nama panggilannya ialah Mei.
2. Gadis berketurunan Cina dan nenek moyangnya berasal dari Guangdong.
3. Seorang yang lincah, suka bercakap dan bersifat terbuka.
4. Bersemangat patriotik
Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera.
5. Mempunyai daya ingatan yang tinggi.
Ingatan Mellisa terhadap semua peristiwa yang pernah berlaku pada zaman kanak-kanaknya bersama Hisyam seolah-olah baru berlaku sedangkan pada masa itu dia baru berumur 5 tahun. Ingatannya ini juga yang menyebabkan dia nekad mencari jawapan punca rusuhan yang meragut nyawa „hero
nya berlaku.
6. Seorang yang terpelajar.
Mellisa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera.

Watak Sampingan

Hisyam
1. Berketurunan Minang.
2. Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib.
3. Penyayang - amat menyayangi Mellisa.
4. Rajin – sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi.
5. Bercita-cita tinggi – dia ingin menjadi peguam atau tentera.

Syahid
1. Pengarah Syarikat surat khabar
2. Wajahnya persis Hisyam.
3. Berani – dia berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa.
4. Suka berterus terang – dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa.

Latar

Latar Masa

1. Siang - Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar.
2. Senja atau waktu Maghrib - Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah.
3. 13 Mei – berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam.

Latar Tempat

1. Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja
2. Rumah Mellisa, - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa.
3. Kampung Baru- tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh.
4. Jalan Petaling, tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh perusuh.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat muda yang amat cinta akan negara
Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.

2. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni
Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.

3. Masyarakat pelajar yang gigih.
Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.

4. Masyarakat miskin
Hisyam tinggal di rumah setinggan.

5. Masyarakat majmuk yang bersengketa
Akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan rusuhan kaum berlaku.

Gaya bahasa

1. Simile
Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam

2. Peribahasa
Bertegang urat leher
Tidak lari gunung dikejar.

3. Pesonifikasi
Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya.

4. Metafora
Bisul rusuhan

Nilai

1. Nilai kasih sayang
Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu.

2. Nilai kegigihan.
Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.

3. Nilai keberanian.
Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa.

4. Cinta akan tanah air
Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera

Pengajaran

1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah.
2. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.
3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita.
4. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera
 
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum  (KPM)

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa


Tema

Kelebihan dan kehebatan anak raja
Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak .

Persoalan

1. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam.

2. Persoalan perasaan dengki dan iri hati
Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.

3. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat
Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.

4. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

5. Persoalan menghormati tetamu
Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke balairung seri.
 
Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Awang Sulung Merah Muda
 -Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih
 -Anak kepada Tuanku Si Helang Laut
 -Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai
 -Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
 -Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi terserlahlah ketampanannya .
 -Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya
 -Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam
 -Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
 -Ditakuti lanun
-Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung.
 -Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum menyabung ayam.
-Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah .


Nilai

 Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam yang comot
 Nilai keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan
 Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa.
 Nilai kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas berkahwin.



Pengajaran

 Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati.
 Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.
 Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Ahad, 17 April 2011

Ulasan Novel Melunas Rindu


Sinopsis 

          Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga abang kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri yang memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.
  

Tema

Tema novel Melunas Rindu mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi seorang anak muda dalam usaha mencari identiti dirinya yang sebenar. Antara cabaran yang dihadapi ialah Fuad masih tertanya-tanya tentang ibunya sama ada hidup atau mati. Kemarahan Fuad terhadap ayahnya yang mengambil mudah tentang agama juga menyebabkan Fuad tidak mahu berhubung dengan ayahnya.

Persoalan

i. Persoalan tanggungjawab sebagai seorang pendidik
Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan baik walaupun dia hanya guru sementara.

ii. Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan
Fuad tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari ibu kandungnya.

iii. Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga.
Walaupun Fuad hanya anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan, namun mereka tetap menyayangi Fuad seperti anak kandung.

iv. Persoalan tentang kehilangan seseorang yang disayangi amat memeritkan.
Contohnya Mak Salmah terasa sunyi setelah kehilangan anak angkatnya Sofia. Fuad pula hilang tempat bermanja apabila dari kecil lagi kehilangan ibu dan bapanya.

v. Persoalan perbezaan agama tidak akan memutuskan pertalian darah.
Contohnya walaupun Fuad seorang Islam namun dia tetap diterima oleh ibu dan bapa saudaranya yang tidak seagama dengannya.

vi. Persoalan sifat keibuan melebihi segala-galanya.
Contohnya sifat keibuan yang ada pada Mak Salmah menyebabkan dia tidak dapat menerima hakikat kematian Sofia. Selain itu Mariana tetap mengingati Abdul Halim atau Fuad yang hilang sejak kecil.

 Plot

Secara keseluruhannya plot novel Melunas Rindu digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

i. Permulaan
Cerita bermula apabila Fuad tertanya-tanya siapa dirinya yang sebenar. Pelbagai pertanyaan timbul dalam usaha mencari identiti dirinya. Pada bahagian permulaan juga, penulis memperkenalkan beberapa watak yang mempunyai kaitan dalam hidup Fuad seperti Farhana, Pak Ismail dan Mak Salmah, Chin, Peter Lim dan Swee Lan serta Robert Lim. Peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita pula kebanyakannya di Terengganu.

ii. Perkembangan
Cerita mula berkembang apabila Fuad mula ingin mengetahui status ibunya sama ada masih hidup atau sebaliknya. Dalam pencarian tersebut, satu persatu pertanyaan dalam diri Fuad terungkai. Antaranya ialah ayahnya iaitu Robert Lim pernah memeluk agama Islam untuk mengahwini ibunya Mariana. Fuad juga mendapat tahu bahawa nama sebenarnya adalah Abdul Halim bin Roslan.

iii. Konflik
Fuad menghadapi konflik apabila ayahnya memasukkan wang ke dalam akaunnya tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat memaafkan ayahnya. Konflik juga berlaku apabila Fuad mencintai adiknya sendiri iaitu Sofia dan Farhana. Namun cintanya terpaksa dikorbankan apabila mengetahui bahawa Sofia dan Farhana adalah adiknya. Selain Fuad, konflik juga dapat dilihat apabila Mak Salmah menyayangi Fuad tetapi dalam masa yang sama membencinya kerana menganggap Fuad merupakan punca Sofia meninggal dunia.

iv. Klimaks
Fuad mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup. Selain itu, Pak Ismail dan Mak Mah pula didatangi Robert Lim bertujuan untuk memberi cincin ibu Fuad kepadanya. Fuad mendapat tahu bahawa ibu Farhana adalah ibunya juga. Kedatangan Robert Lim ke hospital tempat ibu Farhana dirawat mengesahkan lagi bahawa Mariana adalah ibu Fuad.

v. Peleraian
Di akhir cerita, Fuad menerima hakikat bahawa Farhana adalah adiknya. Pertemuan Fuad dengan ibu dan adiknya telah memberi kebahagiaan kepadanya. Akhir sekali, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Joshua/ Abdul Halim/Fuad
· Dilahirkan sebagai seorang Islam dan dibesarkan dalam keluarga Cina dan kembali semula kepada ajaran Islam setelah berlaku tragedi dalam hidupnya.
 Nama sebenarnya Abdul Halim Bin Roslan Dia juga dikenali dengan nama Joshua ketika tinggal bersama Peter Lim dan Swee Lan.
·
· Anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan Kemudian dia diberi nama Fuad dan menjadi anak angkat Pak Ismail dan Mak Salmah. Dia merupakan anak kepada En. Roslan (Robert Lim) dan Pn. Mariana.
 Dia berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari sebuah Universiti ternama di Amerika Syarikat.
·
 Dia menjadi guru sementara (sandaran) di Sekolah Menengah Seri Setia dan mengajar subjek Bahasa Inggeris.
·
 Fuad mempunyai adik tiri bernama Sofia dan Farhana
·
 Seorang yang taat kepada perintah agama. Contoh: Fuad tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa membaca al-Quran.
·
· Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Sebagai seorang guru, dia bertanggungjawab memastikan anak muridnya dapat menguasai Bahasa Inggeris
 Seorang yang gigih Contoh: Fuad gigih berusaha mencari ibu
· kandungnya. Seorang yang suka membantu Contoh: Fuad membantu menanggung perbelanjaan perkahwinan Borhan.
 Dia seorang yang mengambil berat
· Contoh: Fuad mengambil berat tentang diri Farhana terutamanya apabila Farhana ditimpa masalah berkaitan kesihatan ibunya.

Watak Sampingan

Farhana
 Nama penuhnya ialah Farhana Binti Fakhrudin.
·
· Dia merupakan anak sulung dan mempunyai empat orang adik iaitu Muhammad Fikri, Muhammad Fadli, Muhammad Syukri dan Muhammad Faisal.
 Dia bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.
·
 Dia juga memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
·
 Dia berkelulusan Pendidikan dari Universiti di United Kingdom.
·
 Dia seorang yang bertanggungjawab Contoh: Farhana sering pulang ke Kuantan apabila mengetahui ibunya sakit lelah.
·
 Dia seorang yang penyayang Contoh: Farhana amat menyayangi ibu dan adik-adiknya.
·
 Seorang yang tegas Contoh: Farhana sering menegur sikap Cikgu Zamani yang sering tidak masuk kelas.
·

Robert Lim
 Nama Islamnya ialah Roslan.
·
 Berkahwin dengan Mariana (ibu Fuad). Kemudian mendirikan rumah tangga dengan Susan.
·
 Merupakan seorang ahli perniagaan.
·

Pak Ismail
 Merupakan suami kepada Mak Salmah
·
 Membimbing Fuad menjalani cara hidup Islam yang sebenarnya.
·
 Taat kepada perintah agama. Contohnya Pak Ismail tidak pernah meninggalkan solat dan sering solat berjemaah di surau.
·
· Dia juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad mendalami Islam sepenuhnya. Dia sering mengajar Fuad membaca al-Quran.
 Pak Ismail seorang yang penyayang. Buktinya dia menjaga isterinya ketika isterinya sakit.
·

Mak Salmah
 Merupakan isteri kepada Pak Ismail
·
 Mengambil Sofia sebagai anak angkat
·
 Seorang yang baik hati. Buktinya Mak Salmah menjaga Fuad dan Sofia seperti anaknya sendiri.
·

Mariana
 Merupakan isteri pertama kepada Roslan (Robert Lim)
·
 Ibu kepada Abdul Halim (Fuad) dan Farhana. Kemudian Mariana berkahwin dengan ayah Farhana iaitu Fakhrudin.
·
 Mariana terkena penyakit gila meroyan selepas melahirkan Abdul Halim.
·
Mempunyai penyakit lelah.
 Pergi menunaikan umrah bersama Fuad
·
· Bersifat penyayang. Buktinya walaupun sekian lama terpisah dengan Abdul Halim namun Mariana tetap mengingati dan menyayangi anaknya itu.
 Seorang yang mengambil berat. Buktinya dia meminta Farhana menjaga adik-adiknya ketika dia pergi menunaikan umrah.
·

Latar

Latar Masa
 Waktu petang apabila Fuad pulang dari hutan mencari kayu api.
·
 Waktu malam semasa jemaah surau menunaikan solat isyak.
·
· Waktu pagi semasa Fuad memandu ke sekolah. Hari cuti persekolahan. Fuad mengambil kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim dan Swee Lan.
 Waktu senja semasa Fuad menikmati keindahan pantai Batu Buruk.
·

Latar Tempat
· Rumah Pak Ismail dan Mak Salmah iaitu di Danau Seberang, Terengganu. Fuad dan Sofia tinggal di rumah tersebut sebagai anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.
 Klinik Ihsan di Bandar Kuala Terengganu. Fuad menyewa kereta untuk membawa anak Borhan mendapatkan rawatan di klinik tersebut.
·
· Pantai Batu Buruk yang dijadikan tempat untuk Fuad melayan perasaannya sendiri sambil menikmati keindahan alam pada waktu petang.
 Sekolah Menengah Seri Setia tempat Fuad menjadi guru sandaran. Di sekolah ini, Fuad berkenalan rapat dengan Farhana.
·
· Sungai Ruan yang merupakan tempat tinggal Peter Lim dan Swee Lan sekeluarga. Fuad juga pernah tinggal bersama mereka yang dianggap sebagai anak sendiri.
 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
· (KLIA). Fuad membawa ibunya,Pak Ismail dan Mak Salmah untuk menaiki pesawat ke Makkah bagi menunaikan umrah.

Latar Masyarakat
· Masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam. Fuad dan Pak Ismail sering sembahyang berjemaah di surau berdekatan rumah mereka.
· Masyarakat yang terdiri daripada orang melayu. Misalnya nama panggilan penduduk di Danau Seberang seperti Fuad, Pak Ismail, Mak Salmah, Awang Sojar dan Borhan membuktikan mereka orang Melayu.
 Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Farhana berbangsa Melayu manakala Chin pula berbangsa Cina.
·
· Masyarakat yang mempunyai pelbagai kerjaya. Farhana bekerja sebagai guru manakala Peter Lim pula bekerja sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah. Sementara itu Robert Lim pula menceburi bidang perniagaan.
 Masyarakat yang terdiri daripada warga pendidik. Fuad
· sendiri bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah tersebut, Fuad berkenalan rapat dengan Farhana di samping guru-guru lain seperti Cikgu Zamani, Cikgu Rosli, Cikgu Armin dan Cikgu Azli.

Teknik Plot / Teknik Penceritaan

i. Pemerian
Contoh : Suasana ruang legar balai berlepas di aras lima Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hangar binger dengan suara orang ramai yang menghantar sanak saudara atau handai taulan mengerjakan umrah di Makkah. Kanak-kanak berlari ke sana ke mari. Kadang kala terlanggar beg-beg yang telah siap diikat untuk disorong ke ruang bagasi.

ii. Dialog Contoh: - “ Betul, Pak Mail.” - “Oh…..cikgu!” - “ Kau dah makan, Fuad?” “Dah,” balasnya. “ Sembahyang?” “Kalau gitu, mari duduk sini kejap.”

iii. Imbas Kembali Contoh: Mak Salmah sering teringatkan Sofia yang telah meninggal dunia. Fuad masih teringat suatu masa dulu Mak Salmah pernah membencinya kerana kehilangan Sofia. Peter Lim dan Swee Lan menceritakan kembali tentang Fuad dilarikan orang semasa kecil. Pak Ngah Lias dan Shamsuddin menceritakan kembali tentang ibu Fuad semasa hayatnya.
Teknik Penceritaan

iv. Imbas Muka Contoh: Fuad berangan Sofia masih hidup dan dia menghantar adiknya ke universiti untuk meneruskan pengajian.

v. Suspens Contoh: Fuad tertanya-tanya sama ada ibu Farhana itu ialah ibunya juga.

vi. Monolog dalaman Monolog dalaman digunakan untuk menggambarkan perasaan watak melalui pengucapan. Dalam novel ini, Fuad mengucapkan terima kasih kepada bapanya. Contoh : “Terima kasihlah apak” bisik hati kecilnya sambil menarik selimut.

Gaya Bahasa

i. Penggunaan bahasa asing Contoh: Bahasa Inggeris - optionist, grammar, problem, uncle Bahasa Arab – Allah, alhamdulillah, al-Quran, assalamualaikum i
i. Sinkope Contoh: tu, tak, kau
iii. Simile Contoh:- ibarat menongkah arus seperti ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya. Seperti menghalang kemesraan. Ibarat layang-layang terputus tali, di mana tersadai, di situlah dia menumpang kasih. Seperti lupa diri Ibarat sehelai kain putih yang masih dapat dicorakkan atau seorang bayi yang masih boleh dibentuk.
iv. Hiperbola Contoh: - Hatinya masih mahu berpelangi Hanyut dalam ilusi Berapi-api kemarahannya diletuskan
v. Inversi Contoh: - Amat tersentuh perasaannya mendengar ungkapan sebegitu.
vi. Kata ganda Contoh: cepat-cepat, kawan-kawan
vii. Metafora Contoh: - Lurah sepi Benteng resahnya
viii. Personifikasi Contoh: - Bayu basah Disember itu menampar pipinya Melemparkan sejuring senyuman Kehangatan sudah mula menggigit
ix. Peribahasa Contoh: Terang hati, lurus bendul, berat tulang, khabar angina, ibarat nila setitik rosak susu sebelanga.

Nilai

i. Nilai kerajinan Buktinya Fuad merupakan seorang guru yang rajin dalam menjalankan tugasnya sebagai guru.
ii. Nilai ketabahan Buktinya Fuad tabah menghadapi dugaan sepanjang pencarian ibu kandungnya.
iii. Nilai ketegasan Buktinya Farhana bersikap tegas ketika menegur Cikgu Zamani kerana tidak masuk kelas.
iv. Nilai kasih sayang Buktinya Mariana sering mengingati dan menyayangi Fuad walaupun telah lama berpisah.
v. Nilai bertanggungjawab Buktinya Mak Salmah sentiasa menjaga minum suaminya dan Fuad.
vi. Nilai keikhlasan Buktinya Fuad membantu membawa anak Borhan ke klinik walaupun sudah lewat malam. vii. Nilai bekerjasama Buktinya Farhana dan Fuad sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak . didik mereka dalam bahasa Inggeris.
viii. Nilai rasional Buktinya Fuad masih lagi dapat berfiki secara rasional setelah mendapat tahu bahawa wanita yang dicintainya ialah adik kandungnya sendiri.
Nilai

Pengajaran

i. Kita perlulah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat berbakti kepada masyarakat.
ii. Kita haruslah tabah menghadapi ranjau kehidupan demi kesenangan pada masa hadapan.
iii. Kita mestilah reda dengan ketentuan Ilahi agar hidup kita lebih diberkati.
iv. Kita hendaklah saling membantu dalam hidup bermasyarakat agar sesuatu kerja menjadi mudah.
v. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain demi mewujudkan keharmonian dalam keluarga.
vi. Kita mestilah mengerjakan suruhan Allah demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
vii. Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik.