Salam Prof.
Adakah istilah 'perlantikan' dan 'perlaksanaan' dapat digunakan dalam Bahasa Melayu?
Waalaikumsalam.
- "Pelantikan" (terbit daripada "melantik") dan 'Pelaksanaan" (terbit daripada "melaksanakan").
- Boleh baca buku saya "Tuntunan Bahasa" terbitan Pearson.
- Ada kaitan antara 'me' dengan 'pe', 'mem' dengan 'pem', 'men' dengan 'pen', 'meng' dengan 'peng' dan 'menge' dengan 'penge'.
- membeli - pembelian; menjual - penjualan; mengambil -pengambilan; mengebom - pengeboman. Oleh itu, 'melantik' menjadi 'pelantikan' dan 'melaksanakan' menjadi 'pelaksanaan'.
"Pelaksanaan" ialah proses melaksanakan; mustahil hasilnya 'perlaksanaan'. Hasil pelaksanaan boleh jadi 'kejayaan', 'kemajuan', 'perubahan', 'peningkatan' dll.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan