Soalan 1: Rumusan
Pendahuluan
Ø Calon tidak menyatakan tema bagi keseluruhan petikan.
Ø Pendahuluan disalin daripada pernyataan soalan
Ø Permulaan rumusan diringkaskan daripada ayat pertama petikan.
Ø Tiada pendahuluan dalam rumusan.
Isi Tersurat (terdapat dalam petikan)
Ø Tidak memahami kehendak soalan. Oleh itu, ada calon yang menyalin ayat-ayat dalam petikan, namun tidak mengandungi sebarang isi tersurat.
Ø Isi tersurat yang dikemukakan tidak tepat.
Ø Kesalahan membina ayat:
i.Menyambung ayat-ayat dalam petikan hingga isi kurang jelas.
ii.Ayat yang tidak lengkap untuk menyampaikan maksud isi tersurat sepenuhnya.
Isi Tersirat(idea sendiri)
Ø Tiada kemahiran mengemukakan isi tersirat. Oleh itu, isi tersirat diambil daripada petikan.
Ø Jawapan isi tersirat tidak tepat.
Ø Terdapat sebilangan besar calon yang tidak menulis sebarang isi tersirat.
Kesimpulan
Ø Kesimpulan yang mengandungi satu elemen sahaja, iaitu elemen cadangan.
Ø Menulis kesimpulan yang tidak tepat/ kesimpulan yang tiada kaitan dengan tema petikan.
Ø Calon menyalin ayat terakhir dalam petikan sebagai kesimpulan.
Ø Tidak menulis sebarang kesimpulan.
Ø Menulis kesimpulan setelah jawapan yang ditulis melebihi 120 patah perkataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan