Selasa, 10 Mei 2011

Istilah 'Perlantikan' dan 'Perlaksanaan' Tidak Gramatis

Berdasarkan sesi soal jawab saya dengan Prof. Dr Awang Sariyan berkaitan istilah 'perlantikan' dan 'perlaksanaan'.

Salam Prof.
Adakah istilah 'perlantikan' dan 'perlaksanaan' dapat digunakan dalam Bahasa Melayu?

Waalaikumsalam.
  • "Pelantikan" (terbit daripada "melantik") dan 'Pelaksanaan" (terbit daripada "melaksanakan").
  • Boleh baca buku saya "Tuntunan Bahasa" terbitan Pearson.
  • Ada kaitan antara 'me' dengan 'pe', 'mem' dengan 'pem', 'men' dengan 'pen', 'meng' dengan 'peng' dan 'menge' dengan 'penge'.
  • membeli - pembelian; menjual - penjualan; mengambil -pengambilan; mengebom - pengeboman. Oleh itu, 'melantik' menjadi 'pelantikan' dan 'melaksanakan' menjadi 'pelaksanaan'.
Dalam Kamus Dewan, ada kedua-duanya; ikut yang betul sahaja. Tambahan lagi, makna 'perlaksanaan' sebagai hasil pelaksanaan apakah maknanya?
"Pelaksanaan" ialah proses melaksanakan; mustahil hasilnya 'perlaksanaan'. Hasil pelaksanaan boleh jadi 'kejayaan', 'kemajuan', 'perubahan', 'peningkatan' dll.