Sinopsis
Fuad ialah seorang pemuda yang
berketurunan Cina dan
beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu
Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia
dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga abang kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi
anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk
mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat
sokongan moral daripada
Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri yang memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa
ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai
guru sandaran tidak terlatih di
Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah
berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan
cinta yang suci antara mereka berdua. Walau bagaimanapun,
perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital. Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita.
Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu.
Fuad juga akhirnya
menerima hakikat bahawa
Robert Lim ialah
ayah kandungnya,
Mariana sebagai
ibu kandungnya dan juga
Farhana sebagai
adik kandungnya.
Tema
Tema novel Melunas Rindu mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi seorang anak muda dalam usaha mencari identiti dirinya yang sebenar. Antara cabaran yang dihadapi ialah Fuad masih tertanya-tanya tentang ibunya sama ada hidup atau mati. Kemarahan Fuad terhadap ayahnya yang mengambil mudah tentang agama juga menyebabkan Fuad tidak mahu berhubung dengan ayahnya.
Persoalan
i. Persoalan tanggungjawab sebagai seorang pendidik
Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan baik walaupun dia hanya guru sementara.
ii. Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan
Fuad tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari ibu kandungnya.
iii. Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga.
Walaupun Fuad hanya anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan, namun mereka tetap menyayangi Fuad seperti anak kandung.
iv. Persoalan tentang kehilangan seseorang yang disayangi amat memeritkan.
Contohnya Mak Salmah terasa sunyi setelah kehilangan anak angkatnya Sofia. Fuad pula hilang tempat bermanja apabila dari kecil lagi kehilangan ibu dan bapanya.
v. Persoalan perbezaan agama tidak akan memutuskan pertalian darah.
Contohnya walaupun Fuad seorang Islam namun dia tetap diterima oleh ibu dan bapa saudaranya yang tidak seagama dengannya.
vi. Persoalan sifat keibuan melebihi segala-galanya.
Contohnya sifat keibuan yang ada pada Mak Salmah menyebabkan dia tidak dapat menerima hakikat kematian Sofia. Selain itu Mariana tetap mengingati Abdul Halim atau Fuad yang hilang sejak kecil.
Plot
Secara keseluruhannya plot novel Melunas Rindu digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
i. Permulaan
Cerita bermula apabila Fuad tertanya-tanya siapa dirinya yang sebenar. Pelbagai pertanyaan timbul dalam usaha mencari identiti dirinya. Pada bahagian permulaan juga, penulis memperkenalkan beberapa watak yang mempunyai kaitan dalam hidup Fuad seperti Farhana, Pak Ismail dan Mak Salmah, Chin, Peter Lim dan Swee Lan serta Robert Lim. Peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita pula kebanyakannya di Terengganu.
ii. Perkembangan
Cerita mula berkembang apabila Fuad mula ingin mengetahui status ibunya sama ada masih hidup atau sebaliknya. Dalam pencarian tersebut, satu persatu pertanyaan dalam diri Fuad terungkai. Antaranya ialah ayahnya iaitu Robert Lim pernah memeluk agama Islam untuk mengahwini ibunya Mariana. Fuad juga mendapat tahu bahawa nama sebenarnya adalah Abdul Halim bin Roslan.
iii. Konflik
Fuad menghadapi konflik apabila ayahnya memasukkan wang ke dalam akaunnya tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat memaafkan ayahnya. Konflik juga berlaku apabila Fuad mencintai adiknya sendiri iaitu Sofia dan Farhana. Namun cintanya terpaksa dikorbankan apabila mengetahui bahawa Sofia dan Farhana adalah adiknya. Selain Fuad, konflik juga dapat dilihat apabila Mak Salmah menyayangi Fuad tetapi dalam masa yang sama membencinya kerana menganggap Fuad merupakan punca Sofia meninggal dunia.
iv. Klimaks
Fuad mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup. Selain itu, Pak Ismail dan Mak Mah pula didatangi Robert Lim bertujuan untuk memberi cincin ibu Fuad kepadanya. Fuad mendapat tahu bahawa ibu Farhana adalah ibunya juga. Kedatangan Robert Lim ke hospital tempat ibu Farhana dirawat mengesahkan lagi bahawa Mariana adalah ibu Fuad.
v. Peleraian
Di akhir cerita, Fuad menerima hakikat bahawa Farhana adalah adiknya. Pertemuan Fuad dengan ibu dan adiknya telah memberi kebahagiaan kepadanya. Akhir sekali, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Joshua/ Abdul Halim/Fuad
· Dilahirkan sebagai seorang Islam dan dibesarkan dalam keluarga Cina dan kembali semula kepada ajaran Islam setelah berlaku tragedi dalam hidupnya.
Nama sebenarnya Abdul Halim Bin Roslan Dia juga dikenali dengan nama Joshua ketika tinggal bersama Peter Lim dan Swee Lan.·
· Anak saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan Kemudian dia diberi nama Fuad dan menjadi anak angkat Pak Ismail dan Mak Salmah. Dia merupakan anak kepada En. Roslan (Robert Lim) dan Pn. Mariana.
Dia berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari sebuah Universiti ternama di Amerika Syarikat.·
Dia menjadi guru sementara (sandaran) di Sekolah Menengah Seri Setia dan mengajar subjek Bahasa Inggeris.·
Fuad mempunyai adik tiri bernama Sofia dan Farhana·
Seorang yang taat kepada perintah agama. Contoh: Fuad tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa membaca al-Quran.·
· Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Sebagai seorang guru, dia bertanggungjawab memastikan anak muridnya dapat menguasai Bahasa Inggeris
Seorang yang gigih Contoh: Fuad gigih berusaha mencari ibu· kandungnya. Seorang yang suka membantu Contoh: Fuad membantu menanggung perbelanjaan perkahwinan Borhan.
Dia seorang yang mengambil berat· Contoh: Fuad mengambil berat tentang diri Farhana terutamanya apabila Farhana ditimpa masalah berkaitan kesihatan ibunya.
Watak Sampingan
Farhana
Nama penuhnya ialah Farhana Binti Fakhrudin.·
· Dia merupakan anak sulung dan mempunyai empat orang adik iaitu Muhammad Fikri, Muhammad Fadli, Muhammad Syukri dan Muhammad Faisal.
Dia bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.·
Dia juga memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris.·
Dia berkelulusan Pendidikan dari Universiti di United Kingdom.·
Dia seorang yang bertanggungjawab Contoh: Farhana sering pulang ke Kuantan apabila mengetahui ibunya sakit lelah.·
Dia seorang yang penyayang Contoh: Farhana amat menyayangi ibu dan adik-adiknya.·
Seorang yang tegas Contoh: Farhana sering menegur sikap Cikgu Zamani yang sering tidak masuk kelas.·
Robert Lim
Nama Islamnya ialah Roslan.·
Berkahwin dengan Mariana (ibu Fuad). Kemudian mendirikan rumah tangga dengan Susan.·
Merupakan seorang ahli perniagaan.·
Pak Ismail
Merupakan suami kepada Mak Salmah·
Membimbing Fuad menjalani cara hidup Islam yang sebenarnya.·
Taat kepada perintah agama. Contohnya Pak Ismail tidak pernah meninggalkan solat dan sering solat berjemaah di surau.·
· Dia juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad mendalami Islam sepenuhnya. Dia sering mengajar Fuad membaca al-Quran.
Pak Ismail seorang yang penyayang. Buktinya dia menjaga isterinya ketika isterinya sakit.·
Mak Salmah
Merupakan isteri kepada Pak Ismail·
Mengambil Sofia sebagai anak angkat·
Seorang yang baik hati. Buktinya Mak Salmah menjaga Fuad dan Sofia seperti anaknya sendiri.·
Mariana
Merupakan isteri pertama kepada Roslan (Robert Lim)·
Ibu kepada Abdul Halim (Fuad) dan Farhana. Kemudian Mariana berkahwin dengan ayah Farhana iaitu Fakhrudin.·
Mariana terkena penyakit gila meroyan selepas melahirkan Abdul Halim.·
Mempunyai penyakit lelah.
Pergi menunaikan umrah bersama Fuad·
· Bersifat penyayang. Buktinya walaupun sekian lama terpisah dengan Abdul Halim namun Mariana tetap mengingati dan menyayangi anaknya itu.
Seorang yang mengambil berat. Buktinya dia meminta Farhana menjaga adik-adiknya ketika dia pergi menunaikan umrah.·
Latar
Latar Masa
Waktu petang apabila Fuad pulang dari hutan mencari kayu api.·
Waktu malam semasa jemaah surau menunaikan solat isyak.·
· Waktu pagi semasa Fuad memandu ke sekolah. Hari cuti persekolahan. Fuad mengambil kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim dan Swee Lan.
Waktu senja semasa Fuad menikmati keindahan pantai Batu Buruk.·
Latar Tempat
· Rumah Pak Ismail dan Mak Salmah iaitu di Danau Seberang, Terengganu. Fuad dan Sofia tinggal di rumah tersebut sebagai anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.
Klinik Ihsan di Bandar Kuala Terengganu. Fuad menyewa kereta untuk membawa anak Borhan mendapatkan rawatan di klinik tersebut.·
· Pantai Batu Buruk yang dijadikan tempat untuk Fuad melayan perasaannya sendiri sambil menikmati keindahan alam pada waktu petang.
Sekolah Menengah Seri Setia tempat Fuad menjadi guru sandaran. Di sekolah ini, Fuad berkenalan rapat dengan Farhana.·
· Sungai Ruan yang merupakan tempat tinggal Peter Lim dan Swee Lan sekeluarga. Fuad juga pernah tinggal bersama mereka yang dianggap sebagai anak sendiri.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur· (KLIA). Fuad membawa ibunya,Pak Ismail dan Mak Salmah untuk menaiki pesawat ke Makkah bagi menunaikan umrah.
Latar Masyarakat
· Masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam. Fuad dan Pak Ismail sering sembahyang berjemaah di surau berdekatan rumah mereka.
· Masyarakat yang terdiri daripada orang melayu. Misalnya nama panggilan penduduk di Danau Seberang seperti Fuad, Pak Ismail, Mak Salmah, Awang Sojar dan Borhan membuktikan mereka orang Melayu.
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Farhana berbangsa Melayu manakala Chin pula berbangsa Cina.·
· Masyarakat yang mempunyai pelbagai kerjaya. Farhana bekerja sebagai guru manakala Peter Lim pula bekerja sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah. Sementara itu Robert Lim pula menceburi bidang perniagaan.
Masyarakat yang terdiri daripada warga pendidik. Fuad· sendiri bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah tersebut, Fuad berkenalan rapat dengan Farhana di samping guru-guru lain seperti Cikgu Zamani, Cikgu Rosli, Cikgu Armin dan Cikgu Azli.
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
i. Pemerian
Contoh : Suasana ruang legar balai berlepas di aras lima Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hangar binger dengan suara orang ramai yang menghantar sanak saudara atau handai taulan mengerjakan umrah di Makkah. Kanak-kanak berlari ke sana ke mari. Kadang kala terlanggar beg-beg yang telah siap diikat untuk disorong ke ruang bagasi.
ii. Dialog Contoh: - “ Betul, Pak Mail.” - “Oh…..cikgu!” - “ Kau dah makan, Fuad?” “Dah,” balasnya. “ Sembahyang?” “Kalau gitu, mari duduk sini kejap.”
iii. Imbas Kembali Contoh: Mak Salmah sering teringatkan Sofia yang telah meninggal dunia. Fuad masih teringat suatu masa dulu Mak Salmah pernah membencinya kerana kehilangan Sofia. Peter Lim dan Swee Lan menceritakan kembali tentang Fuad dilarikan orang semasa kecil. Pak Ngah Lias dan Shamsuddin menceritakan kembali tentang ibu Fuad semasa hayatnya.
Teknik Penceritaan
iv. Imbas Muka Contoh: Fuad berangan Sofia masih hidup dan dia menghantar adiknya ke universiti untuk meneruskan pengajian.
v. Suspens Contoh: Fuad tertanya-tanya sama ada ibu Farhana itu ialah ibunya juga.
vi. Monolog dalaman Monolog dalaman digunakan untuk menggambarkan perasaan watak melalui pengucapan. Dalam novel ini, Fuad mengucapkan terima kasih kepada bapanya. Contoh : “Terima kasihlah apak” bisik hati kecilnya sambil menarik selimut.
Gaya Bahasa
i. Penggunaan bahasa asing Contoh: Bahasa Inggeris - optionist, grammar, problem, uncle Bahasa Arab – Allah, alhamdulillah, al-Quran, assalamualaikum i
i. Sinkope Contoh: tu, tak, kau
iii. Simile Contoh:- ibarat menongkah arus seperti ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya. Seperti menghalang kemesraan. Ibarat layang-layang terputus tali, di mana tersadai, di situlah dia menumpang kasih. Seperti lupa diri Ibarat sehelai kain putih yang masih dapat dicorakkan atau seorang bayi yang masih boleh dibentuk.
iv. Hiperbola Contoh: - Hatinya masih mahu berpelangi Hanyut dalam ilusi Berapi-api kemarahannya diletuskan
v. Inversi Contoh: - Amat tersentuh perasaannya mendengar ungkapan sebegitu.
vi. Kata ganda Contoh: cepat-cepat, kawan-kawan
vii. Metafora Contoh: - Lurah sepi Benteng resahnya
viii. Personifikasi Contoh: - Bayu basah Disember itu menampar pipinya Melemparkan sejuring senyuman Kehangatan sudah mula menggigit
ix. Peribahasa Contoh: Terang hati, lurus bendul, berat tulang, khabar angina, ibarat nila setitik rosak susu sebelanga.
Nilai
i. Nilai kerajinan Buktinya Fuad merupakan seorang guru yang rajin dalam menjalankan tugasnya sebagai guru.
ii. Nilai ketabahan Buktinya Fuad tabah menghadapi dugaan sepanjang pencarian ibu kandungnya.
iii. Nilai ketegasan Buktinya Farhana bersikap tegas ketika menegur Cikgu Zamani kerana tidak masuk kelas.
iv. Nilai kasih sayang Buktinya Mariana sering mengingati dan menyayangi Fuad walaupun telah lama berpisah.
v. Nilai bertanggungjawab Buktinya Mak Salmah sentiasa menjaga minum suaminya dan Fuad.
vi. Nilai keikhlasan Buktinya Fuad membantu membawa anak Borhan ke klinik walaupun sudah lewat malam. vii. Nilai bekerjasama Buktinya Farhana dan Fuad sentiasa bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak . didik mereka dalam bahasa Inggeris.
viii. Nilai rasional Buktinya Fuad masih lagi dapat berfiki secara rasional setelah mendapat tahu bahawa wanita yang dicintainya ialah adik kandungnya sendiri.
Nilai
Pengajaran
i. Kita perlulah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat berbakti kepada masyarakat.
ii. Kita haruslah tabah menghadapi ranjau kehidupan demi kesenangan pada masa hadapan.
iii. Kita mestilah reda dengan ketentuan Ilahi agar hidup kita lebih diberkati.
iv. Kita hendaklah saling membantu dalam hidup bermasyarakat agar sesuatu kerja menjadi mudah.
v. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain demi mewujudkan keharmonian dalam keluarga.
vi. Kita mestilah mengerjakan suruhan Allah demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
vii. Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik.